Wednesday, November 3, 2010

Kadar Kelayakan Pinjaman
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angakatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun kelayakan pinjaman perumahan adalah dipinda seperti berikut:-

                                                        (klik pada image untuk pembesaran)
         

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

Syarat-Syarat Asas
1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
2. Warganegara Malaysia
3. Borang permohonan dikemukan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
4. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
5. Telah disahkan jawatan
6. Bukan seorang yang bankrup @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
7. Syarat-syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA

1. Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
  • Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen. Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima.
  • Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP. Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
2. Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oelh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.
3. Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.


Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan.