Thursday, January 29, 2015

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN

Untuk proses mendapatkan kelulusan pelan bangunan, cadangan pelan bangunan perlu disediakan oleh Arkitek Bangunan Berdaftar atau Pelukis Pelan Berdaftar dan pelan kejuruteraan seperti pelan struktur dan pelan infrastruktur dibuat oleh Jurutera Sivil dan Struktur yang bertauliah.

Proses-proses mendapatkan Kelulusan Pelan Bangunan adalah seperti berikut;

a)  Pemaju akan berbincang dengan arkitek bangunan yang
     dilantik mengenai rekabentuk dan jenis bangunan yang akan 
     dibangunkan

b)  Arkitek akan menyediakan cadangan pelan bangunan
     (termasuk susunatur, lokasi dan sistem pembentungan) seperti
     yang dibincangkan dan disediakan mengikut spesifikasi dan
     syarat- syarat Undang-undang Kecik Bangunan Seragam
     (UBBL) 1984, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974,
     Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Akta Kerajaan Tempatan
     1976 dan juga syarat- syarat pihak jabatan-jabatan teknikal 
     seperti berikut;


  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Majlis Daerah/Majlis Perbandaran
  • Jabatan Bomba Air Negeri atau syarikat Pemegang Konsesi
  • Jabatan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri

c)  Jurutera akan menyediakan pelan infrastruktur (jalan, saliran 
     dan sistem retikulasi air) untuk diserahkan bersama- sama 
     pelan-pelan yang disediakan oleh arkitek untuk keperluan
     jabatan-jabatan teknikal yang berikut;

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • Jabatan Bekalan Air Negeri atau syarikat Pemegang Konsesi
  • Panduan dan Prosedur Asas Cadangan Pembangunan Projek Perumahan
  • Jabatan Kesihatan Negeri/Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
d)  Pelan bangunan dan infrastruktur tersebut bersama dengan
     surat rasmi permohonan yang ditangatangai oleh pemilik dan 
     arkitek/ jurutera, Borang A (Jadual Kedua UBBL 1984), bayaran 
     pendaftaran  pelan (Jadual Pertama UBBL 1984), salinan 
     resit pembayaran cukai tanah dan salinan-salinan bagi
     geran-geran tanah yang terlibat akan diserahkan kepada OSC 
     bagi daerah yang berkaitan untuk diedarkan kepada
     jabatan-jabatan teknikal yang disebut di atas untuk ulasan
     teknikal seterusnya kelulusan.

e)  Sekiranya tiada pindahan perlu dibuat, OSC akan memajukan
     pelan-pelan cadangan tersebut kepada  PBT berkaitan untuk 
     kelulusan akhir

f)   Surat Kelulusan Pelan Bangunan dan Infrastruktur akan 
     dikeluarkan oleh PBT yang terlibat kepada pemaju/pemohon
     yang akan menyatakan semua syarat-syarat yang ditetapkan 
     oleh jabatan-jabatan yang disebutkan di atas bersama dengan 
     caj kelulusan dan pembangunan yang perlu dibayar kepada
     PBT (Lampiran 7).

g)  Selepas pembayaran dibuat, pemaju kemudiannya diberi
     satu atau beberapa set pelan bangunan dan intrastruktur
     yang diluluskan (Lampiran 8) dan dengan kelulusan itu,
     pemaju dibenarkan untuk memulakan pembinaan projek 
     tersebut, tertakluk kepada keperluan-keperluan dibawah
     Akta 118.


ANTARA PROJEK YANG TELAH SIAP DIJALANKAN PADA TAHUN 2009/2010

  • 7 Unit banglo di Mukim Telia, Bunut Susu, Pasir Mas, 
           Kelantan.
          - Harga/Seunit RM 190,000.00  -Harga Projek RM 1,330,000.00
  • 5 Unit banglo di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
          - Harga /Seunit RM 250,000.00   -Harga Projek 1,250,000.00
  • 1 Unit banglo di Mukim Telekong, Kuala Krai, Kelantan
          - Harga/Seunit  200,000.00   -Harga Projek  RM 200,000.00


PROJEK YANG SEDANG DIJALANKAN PADA TAHUN 2011

  • 7 Unit banglo di Bukit Kenak, Besut Terengganu
         - Harga/Seunit RM 195,000.00  - Harga Projek  RM 1, 365,000.00
  • 4 Unit banglo di Padang Embun, Daerah Kubang Sepat, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
        - Harga/Seunit RM 220,000.00  - Harga Projek RM 880,000,00
  • 10 Unit semi D di Mukim Ulu Sat, Machang, Kelantan
         -Harga/Seunit RM 135,000.00  -Harga Projek RM 1,350,000.00

Sunday, January 25, 2015

RUMAH MAMPU MILIKI..!!

MILIKI RIMAH IDAMAN ANDA SEKARANG..!!!