PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN
Untuk proses mendapatkan kelulusan pelan bangunan, cadangan pelan bangunan perlu disediakan oleh Arkitek Bangunan Berdaftar atau Pelukis Pelan Berdaftar dan pelan kejuruteraan seperti pelan struktur dan pelan infrastruktur dibuat oleh Jurutera Sivil dan Struktur yang bertauliah.
Proses-proses mendapatkan Kelulusan Pelan Bangunan adalah seperti berikut;
a) Pemaju akan berbincang dengan arkitek bangunan yang
dilantik mengenai rekabentuk dan jenis bangunan yang akan
dibangunkan
b) Arkitek akan menyediakan cadangan pelan bangunan
(termasuk susunatur, lokasi dan sistem pembentungan) seperti
yang dibincangkan dan disediakan mengikut spesifikasi dan
syarat- syarat Undang-undang Kecik Bangunan Seragam
(UBBL) 1984, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974,
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Akta Kerajaan Tempatan
1976 dan juga syarat- syarat pihak jabatan-jabatan teknikal
seperti berikut;
c) Jurutera akan menyediakan pelan infrastruktur (jalan, saliran
dan sistem retikulasi air) untuk diserahkan bersama- sama
pelan-pelan yang disediakan oleh arkitek untuk keperluan
jabatan-jabatan teknikal yang berikut;
surat rasmi permohonan yang ditangatangai oleh pemilik dan
arkitek/ jurutera, Borang A (Jadual Kedua UBBL 1984), bayaran
pendaftaran pelan (Jadual Pertama UBBL 1984), salinan
resit pembayaran cukai tanah dan salinan-salinan bagi
geran-geran tanah yang terlibat akan diserahkan kepada OSC
bagi daerah yang berkaitan untuk diedarkan kepada
jabatan-jabatan teknikal yang disebut di atas untuk ulasan
teknikal seterusnya kelulusan.
e) Sekiranya tiada pindahan perlu dibuat, OSC akan memajukan
pelan-pelan cadangan tersebut kepada PBT berkaitan untuk
kelulusan akhir
f) Surat Kelulusan Pelan Bangunan dan Infrastruktur akan
dikeluarkan oleh PBT yang terlibat kepada pemaju/pemohon
yang akan menyatakan semua syarat-syarat yang ditetapkan
oleh jabatan-jabatan yang disebutkan di atas bersama dengan
caj kelulusan dan pembangunan yang perlu dibayar kepada
PBT (Lampiran 7).
g) Selepas pembayaran dibuat, pemaju kemudiannya diberi
satu atau beberapa set pelan bangunan dan intrastruktur
yang diluluskan (Lampiran 8) dan dengan kelulusan itu,
pemaju dibenarkan untuk memulakan pembinaan projek
tersebut, tertakluk kepada keperluan-keperluan dibawah
Akta 118.

- Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Majlis Daerah/Majlis Perbandaran
- Jabatan Bomba Air Negeri atau syarikat Pemegang Konsesi
- Jabatan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri
c) Jurutera akan menyediakan pelan infrastruktur (jalan, saliran
dan sistem retikulasi air) untuk diserahkan bersama- sama
pelan-pelan yang disediakan oleh arkitek untuk keperluan
jabatan-jabatan teknikal yang berikut;
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Jabatan Bekalan Air Negeri atau syarikat Pemegang Konsesi
- Panduan dan Prosedur Asas Cadangan Pembangunan Projek Perumahan
- Jabatan Kesihatan Negeri/Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
surat rasmi permohonan yang ditangatangai oleh pemilik dan
arkitek/ jurutera, Borang A (Jadual Kedua UBBL 1984), bayaran
pendaftaran pelan (Jadual Pertama UBBL 1984), salinan
resit pembayaran cukai tanah dan salinan-salinan bagi
geran-geran tanah yang terlibat akan diserahkan kepada OSC
bagi daerah yang berkaitan untuk diedarkan kepada
jabatan-jabatan teknikal yang disebut di atas untuk ulasan
teknikal seterusnya kelulusan.
e) Sekiranya tiada pindahan perlu dibuat, OSC akan memajukan
pelan-pelan cadangan tersebut kepada PBT berkaitan untuk
kelulusan akhir
f) Surat Kelulusan Pelan Bangunan dan Infrastruktur akan
dikeluarkan oleh PBT yang terlibat kepada pemaju/pemohon
yang akan menyatakan semua syarat-syarat yang ditetapkan
oleh jabatan-jabatan yang disebutkan di atas bersama dengan
caj kelulusan dan pembangunan yang perlu dibayar kepada
PBT (Lampiran 7).
g) Selepas pembayaran dibuat, pemaju kemudiannya diberi
satu atau beberapa set pelan bangunan dan intrastruktur
yang diluluskan (Lampiran 8) dan dengan kelulusan itu,
pemaju dibenarkan untuk memulakan pembinaan projek
tersebut, tertakluk kepada keperluan-keperluan dibawah
Akta 118.
No comments:
Post a Comment