Thursday, January 15, 2015

TIPS PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PERNIAGA KECIL DAN PEKERJA SWASTA


Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman pembeli rumah, kami mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang berkerja sendiri samada online/offline susah/gagal dalam mendapatkan pinjaman bank pembelian rumah walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak. tips ini juga boleh digunapakai bagi pekerja swasta yang mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan online/offline.

Di sini,kami cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.Tips ini hanyalah sekadar perkongsian kami sahaja dan mungkin para pembaca mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik,kami alu-alukan perkongsian dari tuan/puan.

1.Tubuhkan syarikat samada berstatus ‘entreprise’ atau sdn bhd,di atas nama sendiri,serta buka akaun semasa di bank.Masukkan segala pendapatan,dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa.Pastikan penama syarikat dan akaun adalah sama,ini kerana ramai yang telah berniaga beberapa tahun tapi menggunakan akaun simpanan isteri untuk memasukkan sumber pendapatan sedangkan syarikat di atas nama suami.

2. Buka akaun semasa atas nama sendiri,dan keluarkan gaji setiap bulan dari akaun semasa syarikat untuk membuktikan kita mempunyai pendapatan kepada pihak bank.Baki setiap bulan di dalam akaun semasa syarikat dan peribadi biarlah ada lebih sedikit dan jangan biarkan kosong.

3. Maintain proses ini sekurang-kurangnya 6 bulan – 12 bulan,banyakkan aktiviti keluar masuk duit biarpun duit yang keluar masuk itu adalah duit yang sama,tapi melalui penyata bank kita,jumlah transaksi yang terkumpul akan diambil kira.

4. Kebanyakan orang yang berniaga cuba mengelakkan dan tidak membayar cukai perniaagaan,tidak mempunyai borang EA oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),sekiranya anda mempunyai tunai yang cukup banyak dan tidak memerlukan pembiayaan/pinjaman bank,maka tidak apa namun jika anda ingin membuat pinjaman bank,maka kebanyakan anda akan menghadapi masalah.Pembayaran cukai adalah satu bentuk pembuktian pendapatan yang diisytiharkan kepada kerajaan,bank akan mempunyai keyakinan sekiranya anda merupakan seorang pembayar cukai dan sekaligus meningkatkan integriti anda di mata pihak bank.

5. Bagaimana jika anda sudah berniaga beberapa tahun,tapi tidak membayar cukai dan ingin membuat pinjaman perumahan dan menghadapi masalah?…anda boleh membayar cukai untuk beberapa tahun yang lepas tapi anda mungkin akan dikenakan sedikit denda dan penalti,pergi ke LHDN,dan bayar untuk 2-3 tahun yang lepas,mungkin jumlah nya banyak tapi anda akan mudah mendapat pinjaman.Hati-hati juga dan dapatkan pandangan dari akauntan bertauliah dalam hal ini,kerana LHDN juga mungkin akan menyiasat anda jika jumlah cukai yang tidak dibayar adalah banyak,isytiharkan hanya jumlah yang memadai untuk anda mendapatkan kelulusan pembiayaan bank.

6. Cuba sedaya upaya adakan simpanan mungkin dalam KWSP,Tabung Haji,ASB atau Deposit Tetap,di atas nama anda,bank mungkin memerlukan dokumen sokongan bahawa anda memiliki sumber kewangan yang kukuh dan simpanan yang berpadanan untuk menampung keperluan anda dalam tempoh yang tertentu sekiranya anda ditimpa masalah/musibah.

7. Akhir sekali, beli rumah pada usia yang muda, tempoh pinjaman boleh dipanjangkan dan bayaran bulanan boleh dikecilkan sekaligus syarat pinjaman juga tidak akan berapa ketat.Kebanyakan bank memerlukan penyata bank minima 6 bulan,jadi jaga akaun anda sekarang.



No comments:

Post a Comment